Tuesday 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE - TURUN BERAT BADAN SECARA SELAMAT DAN BERKESAN

Fungsi, Manfaat dan Keistimewaan Set Kurus Shaklee


Memiliki badan yang kurus dan langsing merupakan idaman setiap orang. Mereka yang memiliki BMI yang normal juga lebih cenderung untuk mempunyai hidup yang sihat.

Kepentingan Penurunan Berat Badan

Masalah kegemukkan atau obesiti sangat membimbangkan kerana ianya menyumbang kepada risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, gout, serangan jantung, kanser dan pelbagai lagi.

Saya percaya bahawa ramai yang mengalami masalah kegemukan ini mengidamkan untuk kurus. Akan tetapi, segelintir mereka mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan, dan terlalu banyak cabaran terutamanya dari segi pengawalan makanan. 

Namun, dengan keazaman yang kuat dan bantuan sokongan melalui pengambilan produk yang betul dapat membantu anda menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Set Kurus Shaklee memfokuskan penurunan berat badan dengan tiga langkah utama iaitu melalui pemecahan serta pembakaran lemak, penyingkiran lemak, dan pembinaan otot.



Fungsi Set Kurus Shaklee


Set Kurus Shaklee popular yang disyorkan oleh pakar diet nutrisi Shaklee terdiri daripada 4 produk utama iaitu Lecithin, Omega Guard, Herblax dan Cinch.

Setiap daripada produk ini mempunyai fungsi tersendiri yang sangat penting dalam membantu proses penurunan berat badan. Antara fungsi utama setiap produk tersebut adalah:

1. Fungsi Lecithin

Lecithin Shaklee merupakan produk semulajadi yang diekstrak daripada kacang soya, tanpa sebarang tambahan bahan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.

Fungsi utama Lecithin adalah membantu proses memecahkan lemak dalam badan dengan lebih baik secara cekap dan berkesan.

Bagaimana cara Lecithin Shaklee membantu dalam penurunan berat badan adalah seperti berikut:
  • Memecahkan atau mengemulsikan lemak kepada saiz yang lebih kecil supaya lemak mudah untuk disingkirkan daripada badan.
  • Mengelak lemak melekat pada salur darah dan mengapungkan lemak yang tersendat di pembuluh darah.
  • Mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) serta mengawal paras Triglycerides.
  • Menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang dimakan. Untuk kesan yang lebih baik, boleh diambil bersama Alfafa Complex.
Sekiranya pengambilan Lecithin turut disertakan dengan senaman atau aktiviti fizikal, lemak degil boleh dipecahkan dengan kadar lebih cepat lagi.

2. Fungsi Omega Guard


Minyak ikan Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana ia membekalkan spektrum lengkap asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang diperoleh daripada sumber ikan kecil laut dalam. 

Fungsi utama minyak ikan Omega adalah membantu proses pembakaran lemak dalam badan secara lebih efektif. Terutamanya lemak di bahagian bawah lapisan kulit, dalam saluran darah dan lemak yang menyelaputi di sekitar organ-organ penting.

Bagaimana cara Omega Guard Shaklee membantu dalam penurunan berat badan adalah seperti berikut:

  • Membantu membakar lemak degil termendap yang sedia ada dalam badan, lemak lama yang terhasil disebabkan oleh pengambilan makanan terdahulu.
  • Merangsang sensitiviti insulin dalam darah. Apabila sensitiviti insulin darah meningkat, lemak lebih sukar untuk disimpan dalam badan. 
  • Merendahkan insulin dan mengawal gula dalam darah kerana gula berlebihan mengganggu dan menyukarkan untuk berat turun.
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan, pengambilan Omega 3 sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot dah membakar lebih banyak kalori secara cepat dan berkesan.
  • Menggalakkan penghasilan hormon Cortisole dan mengelak lemak tersimpan dalam badan.
  • Meningkatkan paras hormon Leptin dan membantu mengawal selera makan. 
  • Meningkatkan kadar penghasilan Serotonin yang memberi isyarat rasa kenyang kepada otak sekaligus mengurangkan nafsu makan.

3. Fungsi Herblax


Herblax merupakan gabungan tumbuhan termasuk Daun Senna yang sangat popular digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.

Fungsi utama Herblax Shaklee adalah membantu proses detoksifikasi dan menyingkirkan lemak dari badan. 

Bagaimana cara Herblax Shaklee membantu dalam penurunan berat badan adalah seperti berikut:
  • Merangsang pergerakan usus dan melancarkan proses perkumuhan secara semulajadi tubuh.
  • Membersihkan najis yang melekat di dinding usus dan tersimpan lama dalam tubuh. 
  • Membantu masalah sembelit dengan cara merangsang proses pembersihan najis secara lembut.
  • Membantu proses detox dan menyingkirkan toksin dalam badan termasuk lemak dan lendir yang melekat di dinding usus.
  • Membantu masalah penghadaman.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Membersihkan usus secara menyeluruh.
  • Mengempiskan perut.

3. Fungsi Cinch


Cinch Shake Shaklee merupakan minuman berasaskan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan rendah indeks glisemik (low GI).

Fungsi utama Cinch Shake adalah sebagai pengganti makanan (meal replacement) dan diet sihat yang rendah kalori, kaya dengan protein, bebas lemak dan kolestrol serta kaya dengan kalsium. 

Bagaimana cara Cinch Shake Shaklee membantu dalam penurunan berat badan adalah seperti berikut:
  • Membekalkan protein dan asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
  • Membantu mengawal selera makan dengan mengurangkan rasa lapar serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Mengawal paras gula dalam darah supaya kekal stabil.
  • Meningkatkan tenaga dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.
  • Pengambilan protein secara konsisten melatih badan untuk membakar kalori dan lemak secara berterusan serta meningkatkan metabolisma badan.
  • Membantu pembentukan dan pembinaan otot badan. Otot berfungsi membakar kalori, jadi lebih banyak otot badan yang dimiliki maka lebih banyak kalori tubuh dapat dibakar.
  • Mengandungi Leucine iaitu sejenis asid amino penting yang menjaga dan mengekalkan otot semasa proses penurunan berat berlaku.


Kepentingan Leucine


Keistimewaan Cinch Shake Shaklee ialah formulanya mengandungi Leucine. Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan sendiri Leucine, oleh itu perlu diperolehi dari sumber makanan yang lain. 

Antara kepentingan dan manfaat Leucine kepada tubuh badan ialah:

๐Ÿ”น Menggalakkan pengeluaran otot yang berfungsi membakar kalori.
๐Ÿ”น Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
๐Ÿ”น Membakar lemak berlebihan yang tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci badan dengan cepat.
๐Ÿ”นMenyokong pemulihan otot, memastikan otot tidak jatuh menggeleber ketika kehilangan berat badan.
๐Ÿ”น Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak dan menghasilkan bentuk tubuh yang langsing.


Booster untuk Set Kurus Shaklee

Untuk kesan penurunan berat badan yang lebih baik dan cepat, saya sangat galakkan anda untuk mengambil Set Kurus Shaklee bersama produk penggalak (booster) iaitu Vivix.


Keistimewaan dan Fungsi Vivix


Vivix merupakan minuman botani semulajadi yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan yang sangat kaya dengan kandungan polifenol dan tinggi antioksidan. 

Kandungan polifenol Resveratrol dalam Vivix sangat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Antara manfaat dan fungsi Vivix adalah:

  1. Resveratrol memberi kesan dalam pengurangan lemak badan, mengurangkan pengumpulan dan penghasilan sintesis lemak dan seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak serta lancarkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. 
  2. Memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan mengurangkan nafsu makan. 
  3. Resveratrol bantu meningkatkan kebolehan badan mengenal pasti lemak melalui hormon insulin sama ada lemak tersebut perlu disimpan ataupun dijadikan bahan bakar untuk tenaga. 
  4. Menghalang sel-sel lemak pra-matang dari wujud, menyerap lemak dari makanan yang dimakan serta mengelak lemak-lemak sedia ada dari berkembang.
  5. Membantu memulihkan metabolisma badan yang lemah dan meningkatkan metabolisma sekaligus membantu turunkan berat badan dengan sihat.
  6. Vivix bertindak merawat, memulih dan memperbetulkan sel dalam badan hingga ke peringkat DNA. Apabila sel sihat, segala organ-organ badan seperti organ perkumuhan dan pencernaan berfungsi dengan baik, sekaligus menyihatkan seluruh badan.
  7. Mengandungi Resveratrol yang meningkatkan tahap kolestrol baik dan melindungi dari kerosakan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung.
  8. Resveratrol membantu mengekalkan paras insulin dan bantu mengelak pembentukan AGE protein.
  9. Meningkatkan dan membaiki tenaga sel, menguatkan sistem tubuh, juga berfungsi sebagai anti keradangan yang membantu mengurangkan keradangan dalam organ dan sel badan.
  10. Mengurangkan sakit pinggang, lutut dan belakang yang sering dialami oleh mereka yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti kerana badan tidak mampu menampung berat yang tinggi. 
Vivix bukan sahaja membantu percepatkan proses penurunan berat badan, tetapi membantu mengekalkan ataupun maintain berat badan ideal. Selain itu, Vivix juga sangat bagus dan bermanfaat untuk menyihatkan seluruh badan dan mengekalkan awet muda. 

Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee dan Vivix dengan harga yang murah dan promosi terkini, boleh daftar keahlian anda di sini: Pendaftaran Keahlian ataupun Hubungi saya.

Kesimpulan

Akhir kata, kepuasan pasti anda rasai apabila dapat mencapai berat badan ideal dan tubuh yang langsing. Sekaligus masalah kesihatan serius berkaitan obesiti juga boleh dielakkan.

Yang paling penting, selain mengamalkan Set Kurus Shaklee dan Vivix secara konsisten, perubahan gaya hidup sihat juga harus dipraktikkan terutamanya dari segi penjagaan pemakanan, senaman dan aktiviti fizikal.

Set Kurus Shaklee dan Vivix juga sangat bagus diamalkan sekiranya anda membuat atau mengamalkan Intermittent Fasting (Diet IF)

Saya doakan semoga anda dapat selesaikan masalah berat badan berlebihan dengan bantuan pengambilan Set Kurus Shaklee dan Vivix. 

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah atau pertanyaan mengenai produk, cara pengambilan atau apa sahaja kemusykilan boleh klik di sini  . Terima Kasih ๐Ÿ˜Š







2 comments:

  1. Replies
    1. Betul sgt, mudah turun berat tanpa perlu berlapar & berat tak naik balik mcm yoyo bila amal set kurus Shaklee & Vivix ni ๐Ÿ‘๐Ÿผ

      Delete