Sunday 21 May 2023

Pengalaman Facial Mobile Spa dengan Youth Skincare

Servis Mobile spa BOTG di rumah 

Pengalaman Mobile Spa BOTG


Sebenarnya, sebelum Ain kenal dengan program Mobile Spa BOTG ni, Ain tak pernah buat spa facial dekat muka sendiri. Sebabnya kekangan masa untuk ke pusat spa dan juga terikat dengan anak-anak kecil yang tak boleh ditinggalkan sendirian di rumah.

Tapi, dengan mobile spa BOTG ni Ain berpeluang manjakan diri di rumah tanpa perlu risau anak-anak tiada yang menjaga, jadi bolehlah Ain berfacial dengan tenang. Alhamdulillah 

Tambahan lagi, Ain dapat berjimat kerana harga untuk perkhidmatan mobile spa jauh lebih murah berbanding pergi ke pusat rawatan spa di luar sana. Sangat berbaloi memilih rawatan mobile spa BOTG!

Rawatan facial spa oleh beautician terlatih


Bagi anda yang belum tahu, servis mobile spa adalah perkhidmatan spa bergerak iaitu samaada beautician datang ke rumah pelanggan ataupun pelanggan sendiri pergi ke rumah/tempat beautician menjalankan servis spa. 

Kebanyakan pelanggan lebih suka beautician yang datang ke rumah kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Boleh lakukan facial di rumah bersama ahli keluarga 


Kelebihan Mobile Spa di Rumah

  1. Tak perlu risau nak tinggalkan anak-anak 
  2. Tak perlu bersiap untuk keluar
  3. Lebih selesa dan bebas bergerak dalam rumah sendiri
  4. Menjimatkan masa dan duit minyak kerana tidak perlu bergerak ke pusat spa
  5. Tidak menghadap jalan jem dan juga kerumitan untuk mencari parking
  6. Bagi yang bekerja tak perlu ambil cuti atau tunggu hujung minggu untuk mendapatkan rawatan facial, boleh tentukan sendiri masa yang sesuai dengan beautician
  7. Perkhidmatan facial mobile spa lebih murah berbanding di pusat rawatan spa kerana tiada kos sewa kedai 


Keistimewaan Mobile Spa BOTG


Kelebihan dan keistimewaan mobile spa BOTG ini yang Ain dapat rasakan setelah menjalani rawatan facial dengan team BOTG adalah produk yang digunakan sangatlah berkualiti tinggi dan organik, sesuai untuk semua jenis kulit.

Teknik facial nya pula sangat best, berkesan dan memberi kepuasan kepada pelanggan!

Setelah rawatan, kulit muka Ain terasa licin, pori-pori mengecil, whitehead dan blackhead pun hilang. Kulit muka pun dah tak kusam lagi, lebih cerah dan berseri. Seronok sangat!

Boleh lihat juga feedback mereka yang dah dapatkan rawatan facial mobile spa BOTG ini di bawah. Rata-rata sangat berpuas hati dan hasilnya kulit jadi semakin cantik dan sihat!




Kulit semakin anjal dan tegang selepas facial menggunakan  Youth Skincare 


Mobile Spa BOTG ni menggunakan produk facial daripada  bahan semulajadi iaitu Youth Skincare oleh Shaklee. Jadi tak perlu risau kerana memang selamat untuk kulit. Produk Shaklee ini memenangi gold award oleh reader digest sebagai produk terbaik di Malaysia! 

Produk Shaklee memenangi gold award trusted brand Malaysia selama 2 tahun berturut-turut  


Yang lagi Ain suka, produk scrub dan masker protein yang digunakan oleh team mobile spa BOTG ini boleh dimakan! Tak perlu ragu-ragu lagi, terutamanya untuk mereka yang berkulit sensitif. Selamat untuk perut, semestinya lah selamat juga untuk kulit kan? 






Sangat penting sebenarnya untuk kita memilih servis spa yang menggunakan produk yang dipercayai selamat agar dapat hindari keradangan pada kulit kelak. 

Jadi, bagi anda yang nak manjakan diri dan dapatkan rawatan facial spa, Ain sangat sarankan untuk anda memilih team mobile spa BOTG kerana terbukti berkesan dan selamat. 

Beautician team mobile spa BOTG juga terlatih dan terdapat di seluruh Malaysia, mudah untuk anda booked servis mobile spa BOTG walaupun di mana sahaja anda berada. 

Untuk dapatkan rawatan facial spa atau anda nak mencuba produk Youth skincare, boleh klik di sini. Konsultasi terbaik akan diberikan kepada anda oleh pakar berpengalaman. 

Anda boleh juga membaca pengalaman baru mobile spa menggunakan Youth oleh team mobile spa BOTG ini.


#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline


No comments:

Post a Comment